THE FAULT IN OUR STAR 2014
Friday 18th March 2016. Assalammualaikum semua. Hari ini kami dari Polo Movie Kelab akan membuat review cerita yang mendapat sambutan dari orang ramai pada tahun 2014 iaitu The Fault In Our Stars. Kisah cinta antara Hazel Grace Lancaster (Shailene Woodley) dengan Gus Waters (Ansel Elgort) yang mana mereka adalah pesakit kanser. Mereka mula berkenalan di rumah pesakit-pesakit kanser. Pada mulanya, Hazel Grace hanya berkawan seperti biasa dengan Gus Waters, namun hubungan mereka semakin rapat dan Hazel Grace mula berfikir yang Gus Waters amat memahami dirinya.
Dari situlah mulanya hubungan mereka sebagai pasangan yang bercinta. Mereka saling mencintai antara satu sama lain dan selalu keluar bersama. Mereka juga ada minat yang sama seperti membaca buku. Namun setelah sekian lama bercinta, Gus Waters telah mula menghadapi sakit teruk daripada kansernya. Pada awalnya Hazel Grace hanya beranggapan bahawa Gus Waters hanya sakit biasa yang selalu Gus Waters hadapi kerana Gus Waters bercakap kepada Hazel Grace bahawa ia hanyalah sakit biasa walaupun hakikatnya, Gus tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi kerana kansernya. Namun hari demi hari menahan sakit, Gus telah pergi meninggalkan Hazel buat selamanya. Pada awalnya, Hazel Grace tidak boleh menerima kematian Gus. Dia tersangatlah kecewa dan sedih dengan kehilangan Gus Waters.
Dengan lakonan yang amat baik daripada kedua-dua pelakon ini, ia telah menarik perhatian penonton diseluruh dunia kerana ia amat menyentuhkan hati. Jalan cerita yang sangat sedih dan baik. Jika anda semua belum menonton lagi cerita ini, lebih baik anda tonton. Kami dari Polo Movie Kelab jamin bahawa anda akan tertarik dan akan menyentuh hati anda semua sama ada lelaki atau pun perempuan. Sekian review dari kami, Polo Movie Kelab by Muhammad Syazwan Bin Jabarudin.