ULASAN TERBAIK DARI LANGIT (2014)

2/27/2016 11:15:00 am 0 Comments A+ a-

Hello pembaca Polo Movie Kelab! Jadi ini adalah posting pertama tentang filem dan akan banyak lagi yang menyusul. Jadi kali ini kami membuat review tentang filem Terbaik Dari Langit (TDL). Walaupun sudah agak lama filem ini ditayangkan, namun kami masih ingin membuat review tentang filem ini lantaran kehebatan filem tersebut. Filem yang dibintangi oleh Bront Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi dan Nadiya Nisaa.
  1. Ini adalah karya kedua bagi pengarah Nik Amir Mustapha dan kawan-kawannya selepas kejayaan filem KIL pada tahun 2013 yang telah memenangi beberapa anugerah di Festival Filem Malaysia.
  2. TDL bermula apabila Berg (Bront Palarae) seorang pengarah filem Avant-Grande ,bersama empat rakan karibnya semenjak di bangku sekolah dan seorang wanita bernama Sofea Jane (Nadiya Nisaa) memulakan pengembaraan untuk menjejak UFO sambil membuat filem arahan Berg sendiri. Mereka kemudian menyedari yang pengembaraan itu lebih daripada apa yang mereka sangkakan dengan pelbagai konflik mula timbul sepanjang pengembaraan mereka.
  3. Filem ini jika diteliti, bukan saja tentang filem pengembaraan jalanan atau road movie, tapi ia juga menyuntik elemen sains fiksyen selain filem di dalam filem. Elemen metafora juga kelihatan begitu kuat dimainkan di dalam filem ini. 
  4. Skrip hasil tulisan Redza Minhat juga antara yang terbagus bagi filem-filem moden pasca kini. Antara skrip yang sentiasa bermain di dalam kepala kami ialah bila Berg menerangkan kepada Ijam (Iedil Putra) tentang hal filem di babak awal. "filem ni sama macam baca buku. Kalau kita baca buku kita tak paham, buku yang bodoh ke kita yang bodoh?".  
  5. Filem seperti TDL amat jarang dilihat pada industri perfileman kita. Ia membawa kita satu cerita tentang indah peri dan cacat cela dunia perfileman tempatan. Sinematografi yang terbaik hasil daripada Rewan Ishak benar-benar berada di kelasnya tersendiri. 
  6. TDL juga berjaya merangkul anugerah filem terbaik, pengarah terbaik, pelakon terbaik dan lakon layar terbaik di Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA).
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membikinkan filem ini. Anda semua membawa kenangan-kenangan yang manis kepada para penonton. Kepada mereka yang masih belum menonton, segeralah menonton walau dengan apa cara sekalipun. Ini adalah filem lokal yang terbaik untuk kita semua. Sekian ulasan ikhlas daripada kami. Jumpa lagi. 

Rate: 9/10






-Aiman Hasrin-