Seminar Hala Tuju Pendidikan Negara 2

3/06/2016 09:38:00 pm 0 Comments A+ a-





3 Mac 2016, 2:00 Petang Oleh Puteri Izz Naylii Sophea

Pada sabtu yang lalu, satu seminar yang bertajuk Hala Tuju Pendidikan Negara Siri 2 anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi telah diadakan di dewan Pro Canselor Unisel Kampus Shah Alam. Seminar tersebut membincangkan isu-isu berkenaan dengan DLP (Dual Language Program). Seminar itu bermula dari pukul 8 pagi sehinggalah 12 tengahari. Seminar tersebut juga telah mendapat perhatian pelbagai pihak terutama sekali GMP, PLM, PKPIM, ABIM dan GAPENA. Selain itu, seminar tersebut juga telah dihadiri oleh ramai golongan atasan dan kenamaan, tenaga pengajar dan juga penuntut IPTS. Tujuan seminar tersebut diadakan ialah bagi membantah isu DLP yang dianggap sebagai ancaman kepada dasar negara.

Ketika seminar sedang berlangsung salah seorang daripada panel tersebut telah melontarkan kritikan terhadap isu DLP. Beliau juga ada memperbahaskan tentang bahasa inggeris untuk subjek matematik dan sains. Akan tetapi beliau juga tidak menidakkan etika pembelajaran penggunaan bahasa inggeris dalam dua matapelajaran tersebut. Disamping itu beliau juga ada tekankan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan bahasa ibunda kita. Bak kata panel tersebut 'BAHASA JIWA BANGSA' dan kita seharusnya mengangkat tinggi bahasa kebangsaan negara kita. 

Dalam salah satu risalah yang telah diedarkan ada juga artikel yang menceritakan mengapa DLP (Dual Language Program) perlu dimansuhkan. Artikel tersebut telah ditulis oleh Profesor Emeritus Shaharir Mohamad Zain iaitu pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI (GMP). Alasan DLP dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kefasihan berbahasa inggeris dengan kononnya negara yang tidak fasih berbahasa inggeris perdagangan luarnya rendah tetapi hakikat sebenarnya Vietnam yang kurang fasih berbahasa inggeris perdagangan luarnya lebih tinggi daripada negara kita nilainya. Selain hal yang tersebut beliau juga ada menyatakan yang DLP sebenarnya adalah bertetangan dengan fasal 152 tentang kedudukan bahasa kebangsaan ialah bahasa melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh Parlimen. Apa yang dimaksudkan dengan apa-apa tulisan ialah bahasa melayu hendaklah dilaksanakan di dalam bentuk tulisan seperti sistem pendidikan. DLP juga bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 Fasal 17(1) yang menyebut bahawa bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar dalam semua sistem pendidikan kebangsaan.