SOUTHPAW 2015

3/15/2016 11:26:00 pm 0 Comments A+ a-

Tuesday,15thMarch2016-harini kami Polo Kelab ingin membuat review tentang sebuah filem yang menceritakan tentang sebuah filem yang menceritakan tentang seorang peninju professional dan terkenal yang dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal sebagai Billy seorang juara heavyweight dunia. Filem ini diterbitkan pada 24 Julai 2015 oleh Antoine Fuqua, Billy mempunyai seorang anak dan seorang isteri. Maureen (Rachel Mcdana) sebagai isteri dan juga pembantu Billy menguruskan perlawanan tinju beliau Jordan Mains (50 Cents). Permulaan filem ini menunjukkan yang Billy telah memenangi Juara Heavyweight dunia. Jadi beliau telah dicabar oleh seorang peninju terkenal juga yang ingin merampas kejuaaraan tersebut. tetapi Billy tidak melayan. Selepas beberapa hari, diadakan majlis keraian kemenangan Billy dan pada majlis itu juga isterinya dibunuh oleh salah seorang rakan dan juga pengawal kepada pencabar Billy tersebut Miguel Escobar (Miguel Gomez). Billly tidak dapat menerima hakikat dan ingin membalas dendam untuk membunuh balik si pembunuh isterinya itu. Sejak hari kehilangan isterinya itu, Billy mula murung dan hidup nya berubah menjadi sunyi dan tidak lagi memenangi apa-apa perlawan tinju selepas itu. Pada satu malam, Billy mencuba untuk membunuh diri dengan melanggar pokok dihadapan rumahnya. Billy dikejarkan ke hospital dan selepas itu dia jatuh bankrup juga segala harta dan kemengannya dibekukan. Billy dihadapkan ke mahkamah. dijatuhkan hukuman dengan hilangny hak penjagaan anaknya Laila. Billy diarahkan mencari kerja juga mengawal kemarahannya selama 30 hari dan dipantauuntu mendapatkan hak penjagaan anaknya semula. Billy mengharungi hari yang sukar. Dia pergi berjumpa jurulatih Tick Wills (Forest Whitaker), yang memiliki sebuah gimnasium di Harlem dan pakar dalam membantu kanak-kanak yang bermasalah. Billy berkhidmat dan berlatih di gimnasium tersebut.Setelah beberapa hari Billy berkhidmat di gimnasium tersebut, didatangi seorang usahawan yang ingin melancarkan programnya dengan menjemput Billy untuk bertinju di dalam perlawanan tertutup di majlisnya itu kerana dia tahu Billly mempunyai ramai peminat dan akan membuat banyak keuntungan. Billy memenangi dengan mudah. Pada perlawanan tersebut, Jordan Main ada disitu melihatnya dan menawarkan untuk membuat satu perlawanan professional melawan Miguel Escobar. Billy menerimanya dan mula berlatih, dalam masa yang sama dia telah berjaya mengawal kemarahan nya dan mendapat semula hak penjagaannya. Billy brlatih dengan gigih bersama Tick di gimnya . Akhirnya Billy memenangi perlawan terakhirnya melawan Miguel Escobar dan mendapat kehidupannya semula dengan lebih baik. Ini adalah salah satu filem kegemaran saya juga menaikkan semangat usaha untuk meneruskan hidup tidak kira apa yang menimpa. Jangan berhenti melangkah, teruskan. By Amar Ashraf Bin Mohd Yusof. 16 Mac 2016.