HALA TUJU PENDIDIKAN NEGARA SIRI 2

3/06/2016 10:47:00 pm 0 Comments A+ a-



1.1.Gambar sekitar seminar Hala Tuju Pendidikan Negara Siri 2
SABTU, 5 MAC KU NURINA HAZWANI
Jawantankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan,Sains,Teknologi dan Inovasi telah menganjurkan Seminar Hala Tuju Pendidikan Negara Siri 2 di Dewann Pro Canselor Unisel, Kampus Shah Alam. Seminar dihadiri oleh pelbagai golongan pendidik dan para pelajar. Seminar ini menetengahkan isu 'Dual Language Program(DLP) Perlu Dimansuhkan'. Isu ini telah diperjelaskan dan dibahaskan oleh ahli panel Profesor Emeritus Shaharir Mohamad Zain(Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI(GMP).

Dalam ucapan pembelanjawan negara oleh Perdana Menteri Malaysia pada 23 Oktober 2015, beliau telah mengejutkan ramai pihak dengan perakuan perlaksanaan DLP. Oleh hal itu, perlaksanaan tersebut mendapat bantahan khususnya GMP, PLM, PKPIM, ABIM dan GAPENA. Alasan DLP ini dilaksanakan  untuk meningkatkan kefasihan berbahasa inggeris dengan kononya negara yang fasih berbahasa asing akan lebih maju.

Walaupun begitu, negara negara di dalam korporat antarabangsa seperti Jepun, Korea dan Jerman tidak pernah mnegajar mata pelajar pelajar-peljarnya dalam Bahasa Inggeris malahan mereka lebih bangga mengagungkan bahasa ibunda mereka di persada dunia. Tambahan lagi, sistem pendidikan mereka tidak diubah dan tidak akan diubah sepertimana Malaysia.

Selain itu, DLP adalah bertentangan dengan fasal 152 yang merujuk kepada perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahsa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa melayu. Oleh itu pihak yang berkenaan perlulah merujuk semula perkara 152 yang terkandung dalam perlembagaan Malaysia. bahkan DLP juga bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 Fasal 17(1) yang menyebut bahwa bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa utama pengantar dalam semua sistem pendidikan kebangsaan. Hal ini terbukti apabila lulusan bidang profesional dari kalangan orang melayu semakin meningkat dibandingkan dengan mereka yang belajar dalam bahasa pengantar Bahasa Inggeris.

Kesimpulannya, sebelum dasar DLP dilaksanakan, pihak-pihak cendiakawan dan pihak-pihak yang berwibawa dalam bidang pendidikan haruslah merujuk semula dasar-dasar negara dan perlembagaan negara dan mempersoalkan dasar DLP ini ke arah yang lebih produktif dan menwujudkan kaedah yang lebih terancang untun menyelesaikan isu ini.