Laporan Seminar Hala Tuju Pendidikan Negara Siri 2

3/06/2016 10:25:00 pm 0 Comments A+ a-

5 Mac 2016 By Amar Ashraf bin Mohd Yusof


Pada hari Sabtu yang lalu, telah diadakan satu Seminar yang bertajuk Hala Tuju Pendidikan Negara Siri 2yang membincang tentang isu DLP(Duel Language Program) : Ancaman Pada Dasar Negara. Dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Teatp Pendidikan, Pembangunan Modal Insa, Sains, Teknologi dan Inovasi pada 5 Mac 2016 bertempat di Dewan Pro Canselor UNISEL, Kampus Shah alam.


Juga yang hadir Y.B Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Pengerusi jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi kerajaan Negeri Selangor berucap. Dalam ucapannya, beliau mengkritik sistem pendidikan terutama yang melibatkan sistem DLP yang diamalkan di peringkat pengajian rendah, menegah dan tingi. Beliau juga mempersoalkan tentang kepentingan DLP berbanding bahasa ibunda negara sendiri. Dengan menutupkan ucapan beliau,  mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sedang berusaha keras dalam aspek pendidikan dan pelbagai aspek penting juga yang mereka ketengahkan.