STARWARS : The Force Awaken 2015

3/18/2016 03:11:00 am 0 Comments A+ a-


Friday 18 Mac 2016. Assalamualaikum , hai semua pembaca Polo Kelab. Hari ini kami ingin membuat review tentang sebuah filem yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminat seluruh dunia. Akhirnya filem ini berepisod dan sangat diminati ramai. Jadi apabila filem ini hendak dilancarkan ramai yang tidak sabar untuk menonton filem ini dipawagam termasuklah saya. Filem ini disiarkan pada 2015 serentak seluruh dunia dipawagam. Bergenre aksi, advanture dan juga fantasy. 

Kisah awal filem ini bermula apabila Empayar Galactic yang telah ditewaskan lebih 30 tahun yang lalu dan kini galaxy ini menhandapi ancaman baharu oleh puak yang dinamakan The First Order. Jadi misi utama puak itu adalah untuk memerintah galaxy ini dan turut ingin memusnahkan sesiapa sahaja yang berani untuk menentang mereka. Komender kepada puak First Order ini teramat lah kejam, bermisteri dan berkuasa. Dilakonkan watak Kylo Ren. Kylo Ren ini adalah anak kepada seorang hero yang terkenal juga diawal episod filem ini iaitu Han Solo. Kylo bercita-cita turut membenci jedi yang terakhir yang dikhabar anginkan boleh memulih kan keadaan di galaxy itu dan mampu untuk menentangnye. Jadi Kylo berusaha untuk mencari dan membunuh jedi ini iaitu Luke Skywalker.

Luke Skywalker ini sedang menyembunyikan diri di satu tempat dilangsung diketahui sesiapa tetapi menjadi perhatian dan tujuan utama general Leia Organa, seorang ketua rintangan yang ini mencari Luke untuk membantu galaxy ini. Han Solo detalah dibunuh oleh anaknye sendiri didalam episod ini. Jadi untuk mengetahui pengembaraan filem ini dengan lebih lanjut boleh lah anda menonton filem ini.

Rating : 9.6/10