OLA BOLA 2016

3/15/2016 08:56:00 am 0 Comments A+ a-

Tuesday, 15th March 2016- Heyy guyss. Today polo movie kelab akan review tentang sebuah movie tempatan yang mendapat kutipan tertinggi pada tahun 2016. 'OLA BOLA' sebuah filem yang sarat dengan nilai murni dan filem yang penuh dengan berbilang kaum dang bangsa bersatu. Filem ini bertemakan sukan dan diadaptasikan daripada peristiwa sebenar. filem ini adalah arahan Chiu Keng Guan dan dibintangi oleh JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan dan Katriana Ho, Bront Palare, Taufiq Hanafi dan Frankie Lee. Filem ini mengisahkan tentang kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980. dan filem ini telah ditayangkan umum pada 29 Januari 2016. 

Kisah Ola Bola bermula ketika seorang wartawan ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80-an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pihak lawan khasnya dari rantau Asia. Wartawan yang membuat liputan tersebut, Marianne pada mulanya berasa bosan dengan kerjayanya dan agak tidak berpuas hati dengan liputannya. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk berpindah ke England. Namun ada sesuatu perkara yang telah mengubah hidupnya.

Mengimbau kembali padan zaman bola sepak 80-an, para pemain menghadapi pelbagai cabaran dan halangan dari segi para pemain mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam beberapa perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila setiap pemain mempunyai masalah masing-masing dan hal tersebut semkain rumit. Setelah pelbagai halangan dihadapi, para pemain mengambil keputusan untuk mengetepikan masalh peribadi dah hal yang berkaitan serta fokus untuk perlawanan yang penting. Bagi mereka, mengharumkan nama negara adalah penting. Ketika semangat mereka kembali, sepasukan para pemain diduga dengan cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.

Ingin tahu apa yang akan berlaku kepada para pemain dan seterusnya? You guys semua kenalah tonton OLA BOLA okay. In spite of that, kita semua kena lah support our local film. So that our film akan dikagumi dan dihargai oleh seluruh pelusuk dunia. Have fun guyss:)