PILOT CAFE 2015

4/21/2016 08:29:00 am 0 Comments A+ a-





Hello kawan-kawan! Sihat? So harini kita rajin sikit, kita nak review cerita Pilot Cafe yang dilakon oleh Fahrin Ahmad, Izzara Aishah, Remy Ishak dan juga Neelofa dan ramai lagi. So, let start! Filem Pilot Cafe diarahkan oleh Osman Ali iaitu sebuah filem yang diadaptasi dari sebuah novel. Fahrin Ahmad adalah watak utama di dalam cerita ini sebagai Ameer. Ameer bekerja sebagai Juru terbang yang kehidupannya penuh dengan pergaulan bebas dan sering kali melakukan perbuatan yang tidak bemoral. Ameer sering kali meniduri gadis yang dikenalinya dan akhirnya gadis-gadis  yang ditidurinya mengandungkan anak luar nikah. Ameer seorang yang tidak bertanggungjawab, Mendapat tentangan daripada ibunya yang tidak suka akan perangai anakna itu, Ameer juga mengambil keputusan untuk tidak balik ke rumah kerana marahkan ibunya yang sering kali menentang perbuatan terkutuknya. Sehingga lah Ameer berjumpa dengan seorang gadis kampung yang mengajar erti kehidupan sebenar dan menyedarkan Ameer dengan kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini. Walaupun jalan cerita agak perlahan, yang akan membuatkan penonton berasa hendak tetidur tetapi dengan lakonan mantap yang ditonjolkan oleh setiap pelakon membuatkan penonton menjiwai filem ini. Apa-apa pun saya bagi 3 bintang untuk filem ini. Nak tahu kisah yang lebih lanjut anda semya kena lah tengok filem ni tau..