CONJURING (2013)

4/26/2016 01:44:00 pm 0 Comments A+ a-


Wednesday 27th April -  Hey! bertemu kembali bersama kami, Polo Movie Kelab. Kali ini kami akan membuat review sebuah cerita seram iaitu Conjuring yang telah ditayangkan pada 2013. Cerita ini menarik perhatian ramai sejak keluarannya. Jalan cerita ini amat seram kerana ia berdasarkan kisah benar. 

Cerita ini mengisahkan sebuah pasangan suami isteri yang bernama Lorraine (Vera Farmiga) dan Ed Warren (Patrick Wilson) yang bekerja sebagai penyiasat paranormal dan demonologists pada tahun 1970. Mereka telah menyelesaikan beberapa kes paranormal yang telah berlaku didalam negeri mereka. Mereka telah ditugaskan untuk menyelesaikan masalah dirumah sebuah pasangan suami isteri, Carolyn (Lili Taylor) dan Roger Perron (Ron Livingston) bersama 5 anak perempuan mereka. 

Rumah lama yang didiami oleh keluarga Roger telah mempunyai masalah gangguan hantu-hantu yang kerap berlaku. Setelah Roger dan Caroly tidak tahan diganggu oleh hantu-hantu tersebut, Roger dan Carolyn meminta pertolongan Lorraine dan Ed untuk membuang hantu-hantu yang berada didalam rumah mereka. Rupa-rupanya, hantu yang menggangu keluarga Carolyn dan Roger adalah merupakan hantu yang sangat sukar untuk Lorraine dan Ed untuk membuangnya. 

Setelah berusaha beberapa kali, Lorraine dan Ed berjaya membuang hantu-hantu yang berada dirumah keluarga Roger dan Carolyn. Salah satu hantu tersebut bernama Basheeba yang mana merasuk Carolyn supaya Carolyn membunuh salah satu anak perempuannya.