PEE MAK (2013)

4/17/2016 02:09:00 pm 0 Comments A+ a-


Hello semua. Kali ini kami Polo Movie Kelab akan membuat review sebuah filem Thailand iaitu Pee Mak. Cerita hantu seram dan kelakar ini mula ditayangkan pada tahun 2013. Cerita ini mengisahkan seorang lelaki bernama Mak telah terpaksa meninggalkan isterinya (Nak)yang ketika itu sedang mengandungkan anak lelaki (Dang) mereka kerana menyertai sebuah perperangan.  Semasa dalam perperangan, Mak telah menyelamatkan kawan-kawannya iaitu Ter, Puak, Shin dan Aey. 

Selepas peperangan berakhir, Mak telah menjemput kawan-kawannya tadi untuk menyinggah dirumahnya dibandar Phra Khanong. Apabila mereka telah tiba dirumah Mak, Mak mengenalkan isterinya yang cantik dan bayi lelakinya kepada kawan-kawannya. Orang kampung telah memberitahu kepadanya bahawa isterinya telah mati semasa melahirkan Dang akibat pendarahan yang banyak. Namun, jelmaan Nak telah menyakinkan hati Mak bahawa yang dia tidak lagi mati. Kawan-kawannya juga melihat Nak seperti tiada apa-apa yang berlaku. 

Namun pada suatu hari, kawan-kawannya melihat isteri Mak tidak seperti biasa. Nak mula bertingkah laku pelik. Lama kelamaan, kawan-kawannya percaya bahawa yang Nak telah pun mati dan menjadi hantu semenjak Nak bertingkah laku pelik. Kawan-kawannya terlihat muka Nak menjadi hantu dan semasa mereka makan bersama, Nak menyediakan makanan daripada cacing, daun kering dan macam-macam lagi benda yang pelik. Namun, rupa-rupanya, Mak sudah tahu dulu daripada kawan-kawannya bahawa isterinya (Nak) telah mati dan menjadi hantu daripada melihat isterinya dicelah kakinya mengikut kepercayaan mereka. Dari situlah Mak harus memilih untuk hidup dialam isterinya ataupun dialam yang realiti. Sekian dari kami, Polo Movie Kelab by Muhammad Syazwan Bin Jabarudin. Terima kasih semua.