PHOBIA/4BIA (2008)

4/18/2016 03:46:00 am 0 Comments A+ a-




Phobia merupakan cerita seram dari Thailand yang amat popular pada tahun 2008. Dalam filem phobia ada empat kisah hantu yang berlainan. Setiap kompilasi mempunyai keunikannya yang tersendiri. Cerita pertama ialah mengenai seorang perempuan yang bernama Pin yang baru saja mengalamai kecelakaan dan dihantui oleh sosok priua yang meninggal ketika kecelakaan bersamanya. Beliau sering diganggu dengan deringan telefon yang menunjukkan beliau sering mendapat ringkasan mesej(sms) dari lelaki yang tak dikenali. Oleh kerana baru mengalami kecelakaan, beliau berasa bosan duduk di rumah dan menginginkan teman. Keadaan yang menjadi semakin pelik apabila lelaki yang menghantar ringkasan mesej tersebut mengetahui setiap maklumat dan apa yang dilakukan oleh Pin dan yang paling hairannya, lelaki tersebut hanya akan menghantar ringkasan mesej pada waktu malam sahaja. 

Manakala cerita kedua adalah mengenai sekumpulan geng budak nakal yang suka mengacau Ngid. Ngid lalu mengutuk mereka semua dan menyebabkan kematian satu persatu dalam kelompok kumpulan mereka. Cara kematian mereka adalah amat berbeza dan sangat mengerikan. Walaupun telah dihalang oleh salah seorang rakan di dalam kumpulan mereka, namun ada sekelompok lelaki yang tetap berdegil ingin meneruskan ranncangan jahat mereka. Dan pada pengakhirannya menyebabkan kematian yang amat tragis. Cerita ketiga adalah mengenai empat sahabat yang amat menggemari sukan air iaitu 'water rafting". Ketika mereka bermain permainan sukan air tersebut, bot yang mereka naiki terbalik dan menyebabkan salah seorang kawan mereka, Aey hilang. Tanpa mereka sedari, Aey telah lama meninggal dunia akibat lemas dan sebenarnya Aey adalah lelaki yang selalu menghantui mereka saat malam sampai mereka sedar bahawa mereka juga telah pun mati ketika itu. 

Manakala cerita keempat iaitu cerita terakhir adalah mengenai Prim, seorang pramugari yang terpaksa menjalani penerbangan dengan mayat yang ingin menuntut balas terhadapnya kerana Prim telah curang dengan suami kepada mayat tersebut. Semoga terhibur guys :)