CATCH ME IF YOU CAN (2002)

4/26/2016 12:49:00 pm 0 Comments A+ a-


Wedenesday 27th April -  Assalammualaikum semua. Hari ini kami Polo Movie Kelab akan membuat review tentang sebuah filem yang sangat menarik iaitu Catch Me If You Can. Cerita ini berdasarkan kisah benar. Ia benar-benar berlaku pada tahun 1969 dan telah dilakonkan semula pada tahun 2002. Cerita ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Frank Abagnale Jr (Leonardo DiCaprio) yang menyamar sebagai doktor, pilot dan peguam untuk kesenangan hidupnya.

Dengan bakatnya, dia berjaya hidup dengan mewah hasil penyamarannya pada usia 17 tahun. Frank Abagnale Jr juga berjaya membuat rompakan bank terbesar dalam sejarah ketika itu pada usianya 17 tahun. Dia dikehendaki oleh U.S FBI yang diketuai oleh seorang ejen bernama Carl Hanratty (Tom Hanks) yang ditugaskan untuk menangkap Frank Abagnale. Namun dengan kepintaran yang luar biasa, Frank berjaya melarikan diri dengan menyamar sebagai doktor, pilot dan peguam.


Namun hari demi hari, akhirnya Frank ditangkap dan dipenjarakan selama 12 tahun. Semasa Carl melawat Frank dipenjara, Carl telah terlibat dalam operasi siasatan kes tentang cek palsu yang sedang hangat berlaku didalam negara mereka ketika itu. Semasa berbual dengan Frank, Frank meminta Carl untuk melihat cek itu. Rupa-rupanya, Frank juga mahir dalam meneliti tentang cek sama ada cek itu palsu atau yang asli.

Demi memikirkan keselamatan negara, Carl mengeluarkan Frank dari penjara tersebut tetapi dengan syarat Frank harus berkerja di U.S FBI bahagian kewangan sampai tempoh tahanan penjaranya berakhir. Cerita ini amat menarik kerana ia berdasarkan kisah benar. Carl dan Frank telah menjadi kawan sehingga kini. Sekian review dari kami, Polo Movie Kelab by Muhammad Syazwan Bin Jabarudin. Nantikan review yang seterusnya daripada kami.