DILWALE 2015 (REVIEW)

4/21/2016 08:09:00 am 0 Comments A+ a-


Hai semua, so harini nak review cerita Dilwale yang digilai ramai ni. Cerita ini menceritakan percintaan sepasang kekasih (Shah Rukh Khan & Kajol) dimana bapa mereka adalah gengster yang bermusuhan antara satu sama lain. Shah Rukh Khan sebagai Kaali dan Kajol sebagai Ameera. Pada suatu hari, bapa Ameera merancang satu perjumpaan diantara Kaali dan bapanya dan tercetusnya adegan tembak menembak di antara bapa Kaali dan Ameera. Di situ juga tercetusnya satu salah faham diantara Kaali dan Ameera. Mereka berpisah demi kebaikkan masing-masing dan mengambil keputusan untuk pergi jauh dari tempat terebut untuk melupakan kisah pahit mereka dan membesarkan adik mereka. Bukan sekadar kisah percintaan, cerita ini juga menceritakan hubungan diantara adik beradik dan juga persahabatan yang sangat kukuh. Unsur-unsur komedi juga diselitkan didalam cerita ini untuk menghiburkan penonton. Antara watak yang menghiburkan semstinya Veer iaitu adik kepada Raj (rakan Kaali). Kisah percintaan yang dipenuhi dengan dugaan  dan onak duri akhirnya bersatu semula disebabkan usaha yang dilakukan oleh adik Kaali dan juga Ameera untuk menyatukan cinta lama diantara Kakak dan Abang mereka supaya Kakak dan Abangnya menerima cinta mereka. So anda semua kena tengok okay cerita ni. Mesti ada rasa pecah perut, nangis-2, geram puan ada. Cerita ni saya bagi 5 bintang bebbbbbbb!!!!!!!!!!!!!!!!! Layan habis lah. hehehehe