CON AIR (1997)

4/05/2016 04:01:00 pm 0 Comments A+ a-


Wednesday 6th April 2016 - Assalammualaikum semua dan selamat pagi. Hari ini, kami Polo Movie Kelab akan membuat review tentang sebuah movie yg menarik iaitu Con Air (1997). Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Cameron Poe (Nicholas Cage) yang dipenjarakan atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang cuba menyakiti isterinya (Monica Peter). Namun setelah lama dipenjarakan beberapa tahun, Cameron telah dipindahkan ke penjara lain oleh polis bersama banduan-banduan lain dengan menaiki sebuah bas.

Sebelum mereka tiba dikawasan penjara baru, ada seorang banduan yang terkenal dengan jahatnya iaitu Cyrus yang diberi gelaran 'The Virus' (John Malkovich) telah merancang bersama anak-anak buahnya untuk membuat rampasan kapal terbang dikawasan penjara baru itu. Mereka telah merampas bas polis yang mereka naiki dan telah berjaya menyamar sebagai anggota polis apabila tiba dikawasan penjara tersebut. Mereka berjaya melepaskan diri bersama dengan Cameron Poe dengan merampas kapal terbang pihak polis untuk melarikan diri. Namun pihak polis dapat mengesan mereka. Operasi mengejar banduan-banduan tersebut diketuai oleh U.S Marshall Vince Larkin (John Cusack). 

Jalan cerita ini amat menarik kerana ia penuh dengan aksi lasak. Bagi penggemar cerita yang lasak, anda semua boleh cuba tonton sekiranya anda belum lagi menonton cerita ini. Walaupun cerita ini sudah lama dikeluarkan, namun cerita ini masih tidak dilupakan dek kerana jalan ceritanya yang sangat menarik. Sekian review dari kami Polo Movie Kelab by Muhammad Syazwan Bin Jabarudin. Terima Kasih.