MADU TIGA (P.RAMLEE) (1964)

4/05/2016 04:43:00 pm 0 Comments A+ a-


Rabu 6 April 2016 -  Selamat pagi semua! Hari ini kami akan membuat review sebuah cerita klasik yang masih dalam ingatan kita iaitu Madu Tiga pada tahun 1964 yang diarah oleh pengarah P. Ramlee. Cerita ini mengisahkan Jamil (P.Ramlee) sebagai watak utama yang telah mengahwini tiga wanita tanpa membuatkan ketiga - tiga isterinya tahu bahawa suami mereka berpoligami. Isteri pertama Jamil adalah Latifah (Zaharah Agus). Jamil dan Latifah sudah berkahwin selama 12 tahun namun mereka tidak mempunyai anak kerana Latifah mandul.

Namun kelamaan, Jamil telah mula mencari seseorang untuk dia jadikan isteri keduanya. Isteri kedua Jamil bernama Hasnah (Jah Mahadi). Semasa mereka berkahwin, Jamil telah berbohong kepada isteri keduanya iaitu Hasnah dengan mengatakan bahawa isteri pertamanya (Latifah) membenarkan dia berkahwin lagi lagi kerana dia (Latifah) mandul. Namun hakikatnya, Latifah seorang yang sangat garang dan Jamil sesekali tidak berani melawan isteri pertamanya itu. Setelah sekian lama beristeri dua, Jamil mula mencari lagi seorang untuk dijadikan isteri ketiganya. Jamil mula jatuh cinta pada isteri ketiganya itu iaitu Rohani (Sarimah) semenjak dia mengutip hutang dirumahnya yang disewakan kepada keluarga Rohani. Jamil juga bersekongkol bersama bapa mertuanya iaitu Tuan Haji ( Ahmad Nifsu). Namun, rahsia Jamil telah terbongkar dan diketahui oleh ketiga-tiga isterinya semasa mereka semua berada di disalun rambut dan pada ketika itu. Secara kebetulan, ketiga-tiga isteri Jamil berkawan antara satu sama lain. Rohani telah menjemput Latifah dan Hasnah untuk minum teh dirumahnya. 

Dari situlah rahsia Jamil telah diketahui oleh isteri-isterinya bahawa mereka semua adalah Madu Tiga. Isteri-isterinya mula bersepakat antara satu sama lain untuk mendapatkan penjelasan daripada suami mereka, Jamil. Cerita ini sebuah cerita komedi yang sangat menarik dan ia juga memberi seribu maksud yang tersirat. Cerita hebat ini akan mengusik hati penontonnya dengan aksi-aksi yang sangat lucu. Dikarang oleh arwah P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh. Sekian review daripada kami, Polo Movie Kelab by Muhammad Syazwan Bin Jabarudin.Terima kasih kerana melayari blog kami dan semoga kita berjumpa di movie review yang seterusnya.