SUAMIKU ENCIK PERFECT 10! 2015

4/21/2016 09:01:00 am 0 Comments A+ a-










Hai semua..... Harini kita nak review filem Suamiku Encik Perfect 10 yang semua orang dok cerita cerita ni best sangat tuh. Filem ini dibintangi oleh Lisa Surihani, Aaron Aziz, Syazwan Zukifli, Jehan Miskin, Raja Ilya dan ramai lagi. Filem ini mengisahan tentang Aleeya (Lisa Surihani) iaitu seorang pelajar di luar negara yang terpaksa berpura-pura sebagai pasangan suami isteri bersama Zaref Daniel (Aaron Aziz) selama semiggu di Malaysia setelah mengandungkan anak teman lelakinya Syed Muzaffar (Syazwan Zukifli) di London. Semasa di London, peajaran Aleeya musnah separuh jalan akibat ditinggalkan kekasih hatinya setelah mereka terlanjur. Semasa di dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari London Aleeya duduk di sebelah Zaref Daniel dan secara tiba-tiba Aleeya termuntah. Dalam penerbangan yang panjang dari Kota London ke Malaysia Aleeya telah menceritakan kisahnya kepada zaref Daniel. Lalu Zaref bersetuju untuk menjadi suami olok-olok untuk menyelamatkan Aleeya daripada dimarahi keluarganya. Dalam tempoh lakonan itu, terbit satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan sehingga Zarif terlupa terhadap tunangnya iaitu Azura (Raja Ilya). Nak tahu lebih lanjut tentang percintaan yang agak kompleks dalam filem ni, anda kenalah tengok sendiri okay? Comfirm best! Saya bagi 4 bintang....