Laporan Seminar Hala Tuju Pendidikan Negara Siri 2

3/06/2016 11:42:00 pm 0 Comments A+ a-

5 March 2016 By Muhammad Syazwan Bin Jabarudin

Pada Sabtu yang lalu, UNiSEL Shah Alam telah mengadakan satu seminar yang bertajuk Hala Tuju Pendidikan Negara Siri 2 anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Inovasi, Teknologi, Sains, dan Pembangunan Modal Insan yang telah dianjurkan di Dewan Pro Canselor UNiSEL Kampus Shah Alam pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari. Didalam perjumpaan seminar tersebut, ia membincangkan tetang isu-isu dengan DLP iaitu Dual Language Program.

Juga yang hadir, Y.B Nik Nazmi Bin Nik Ahmad. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi kerajaan Negeri Selangor membincangkan tentang sistem pendidikan DLP dalam sistem pendidikan. Beliau juga mengkritik dan tidak bersetuju dengan sistem ini yang wujud dalam sistem pendidikan rakyat Malaysia. Dari pandangannya, sistem ini juga mempunyai kesan yang buruk kepada rakyat Malaysia dan beliau juga mempersoalkan tetang DLP ini kerana ia memberi ancaman kepada dasar Negara kita.


Selain itu, Y.B Dato Siddiq Fazil turut juga hadir. Beliau juga tegakkan bahawa sistem pendidikan DLP dalam sistem pendidikan kita perlu dimansuhkan. Sebagai contoh, Dato Siddiq Fazil mengambil kisah para Rasul dimana tiada satu Rasul pun yang menggunakan dwi bahasa. Pada pandangan beliau, kita sebagai rakyat Malaysia semestinya menentang DLP kerana ia telah melanggar perintah Tuhan, katanya. Belia juga berkata isu-isu sebegini perlu ditentang dan dimansuhkan kerana kita sebagai rakyat Malaysia perlu sedar bertapa pentingnya bahasa bangsa kita. Sebagai contoh yang lain, beliau berkata, ‘berdoa dan berdialog dengan Tuhan itu sendiri menggunakan bahasa dan solat sendiri tidak dibenarkan menggunakan terjemahan dan didalam Al-Qur’an juga menggunakan satu bahasa iaitu bahasa Arab Quraish.’ Menurutnya lagi, salah kita menjadikan bahasa asing sebagai bahasa pengantaraan dan bahasa Inggeris adalah bukan bahasa Islam. Dengan menutup ucapan, beliau mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sedang berusaha dengan keras dalam membincangkan isu ini supaya dimansuhkan dalam aspek penting yang juga mereka ketengahkan.