KIL (2013)

3/17/2016 07:32:00 am 0 Comments A+ a-

Khamis, 17 Mac 2016 -Hello pembaca Polo Kelab! Jadi, kami akan membuat ulasan tentang filem underrated pada tahun 2013. KIL atau singkatan daripada nama watak utama cerita ini Akil. KIL membawa banyak elemen-elemen yang agak berat di dalam filem ini yang kebanyakannya kita hanya mampu lihat di filem-filem luar negara saja. Antara faktor utama tentulah kerana citarasa penonton kita yang lebih gemar menonton filem-filem berbentuk ringan. Jadi mari kita mulakan.

Filem ini mengisahkan tentang Akil(Redza Minhat) yang mengalami masalah tekanan dan cenderung untuk membunuh diri tetapi beliau tidak mampu untuk melakukan perkara tersebut. Akil mencuba pelbagai cara untuk membunuh diri tetapi semua gagal sehingga beliau bertemu dengan satu agensi swasta yang menawarkan khidmat untuk membunuh pelanggannya sendiri. Akil bersetuju dengan segala syarat dan dia sendiri tidak akan tahu di mana dia akan dibunuh, dan bila dia akan dibunuh. Dia juga tidak boleh menarik balik segala kontrak yang telah ditandatangani. Kehidupannya berubah selepas itu apabila dia bertemu dengan seorang gadis manis bernama Zara (Christina Suzzane Stockstill). Akil terasa dia sudah melakukan tindakan yang salah apabila menandatangani kontrak tersebut. Bagaimanakah Akil dibunuh dan siapakah yang akan membunuh beliau?

Isu terbesar yang disebutkan dalam filem KIL ini semestinya tentang kematian. Filem ini kami letakkan di bawah genre radical suspense thriller pada mulanya namun lama-kelamaan ia menjadi filem berbentuk romantik yang berakhir dengan anti-klimaks. Di sini kita dapat lihat bahawa filem ini bukan saja bagus malah boleh dipanggil genius dan hampir bergelar masterpiece. Filem ini mempunyai tema yang sangat baik untuk individu iaitu 'Live life to the fullest' dan KIL semestinya mengingatkan kami tentang filem indonesia berjudul Ungu Violet.

Filem ini telah memenangi Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke 26 di mana Nik Amir Mustapha membubuh nama di industri perfileman negara dan kemudian diikuti dengan Terbaik Dari Langit. Tak sabar untuk kami menonton karya seterusnya dari beliau. Sekian dari kami. Terima kasih.

Rate: 7.5/10



-Aiman Hasrin-